pengenalan

Persatuan ini ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan kepentingan mahasiswa mahasiswi India di UPM dengan mewakili keperluan dan isu-isu mereka di universiti. Selain itu, persatuan ini juga ditubuhkan untuk menyediakan platform yang menyokong dan memperkukuhkan pembangunan akademik, sukan, sosial, budaya, dan rohani para mahasiswa India. Aktiviti-aktiviti di bawah persatuan ini khusus kepada perkembangan diri pelajar, penghargaan terhadap tradisi dan budaya masyarakat India, pengukuhan nilai agama, mengembangkan kemahiran kepimpinan, serta berkhidmat kepada komuniti dan masyarakat India di Malaysia secara menyeluruh. Tambahan pula, Persatuan Hindu UPM bermatlamat untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya dari segi kewangan dengan menyediakan pelbagai dana dan bantuan kewangan yang bersyarat di bawah Tabung Amanah PHUPM. Persatuan Hindu UPM juga mengelola 2 sekretariat sukan iaitu Putra Dravidian (pasukan bola sepak) dan Putra Garudan (pasukan kabaddi) yang menyediakan peluang bagi mahasiswa India untuk menerokai bakat mereka dalam bidang sukan dan menghantar penyertaan mewakili UPM secara tahunan.

BOARD MEMBERS PHOTOSHOOT 24/25

OBJEKTIF PHUPM

BUDAYA

Memelihara dan memperkasa identiti budaya masyarakat India dan agama Hindu dalam kalangan mahasiswa India UPM.

KESATUAN

Memupuk kesedaran kesatuan dalam kalangan mahasiswa India UPM.

SEJAHTERA

Menyokong dan memperkukuhkan pembangunan akademik, sukan, sosial, budaya, dan rohani para mahasiswa India.

KERJASAMA

Meningkatkan rangkaian dengan Perwakilan Mahasiswa India dari setiap IPT sekitar Malaysia untuk mengenal pasti dan menyelesaikan isu-isu berbangkit di kalangan belia India.

AKTIVITI TAHUNAN SESI 24/25

FUTSAL FEVER

PHUPM dan PD dengan bangganya membawakan Futsal Fever 2024. Saksikan perlawanan futsal hebat antara pelajar India UPM. Bawa rakan, sorakan, dan semangat anda.

EDARAN MURUKKU

Dengan gembiranya SMART bersama Persatuan Hindu UPM (PHUPM) akan mengedarkan murukku kepada mahasiswa India sempena sambutan Deepavali.

FRESHIES' HUNT

Bersiap sedia untuk Freshies Hunt 24! Sertai kami untuk berkenalan dengan senior, rakan baharu, dan nikmati pengalaman menarik.

MUTTAMIZH SANGGAMAM

Kurang dari sebulan lagi untuk acara tahunan PHUPM, Muttamizh Sanggamam, dengan tema Kemanusiaan! Bersiap sedia untuk menyaksikan persembahan menarik daripada pelajar tahun pertama yang mencerminkan semangat perpaduan dan kasih sayang.

KALVI SIRAPPU POOJAI

Persatuan Hindu UPM (PHUPM) dengan sukacitanya mengumumkan acara tahunan yang dinanti-nantikan, KALVI POOJAI 2024, khusus untuk semua pelajar India di UPM. Kami menjemput anda untuk menyertai acara yang penuh berkat ini dan meraikannya bersama.

WHERE IS MY MONEY? - FINANCIAL LITERACY SEMINAR

Sertai kami untuk bengkel sepanjang hari yang interaktif dan membuka minda tentang kewangan peribadi, anjuran Kaizen Wealth Academy dengan kerjasama PHUPM!

MACHAAS VIRTUAL RUN

Bersedia untuk berlari? Sertai kami untuk pengalaman larian maya yang menarik dengan suasana neon yang terang! Persatuan Hindu Universiti Putra Malaysia (PHUPM) sedang bersiap-siap untuk menganjurkan larian maya pertama mereka, MACHAA'S VIRTUAL RUN 2024.

ARAM SEIVOM

Hulurkan sumbangan anda kepada Aram Seivom untuk menyemai amal jariah yang berpanjangan dan dikenang selama-lamanya. Setiap sumbangan anda membawa harapan dan kehidupan kepada mereka yang memerlukan. Bersama kita berbakti, bersama kita mencipta legasi yang abadi.

PUTRA CULTURAL EXCHANGE : ESSENCE OF INDIA

Waktu yang mengujakan! PHUPM melancarkan program mobiliti pertama kami, PUTRA CULTURAL EXCHANGE "ESSENCE OF INDIA". Program ini memberi peluang untuk meneroka budaya baru, mendapat wawasan global, dan keluar dari zon selesa. Sertai kami untuk pengalaman yang tidak dapat dilupakan!

ASURAN CHAMPIONSHIP 3.0: KEJOHANAN KABADDI DAN BOLA SEPAK INTERVARSITI

Sertai Asuran Championship 3.0 dalam Kejohanan Kabaddi dan Bola Sepak Intervarsiti! Kami menjemput atlet muda India untuk bersaing dan membuktikan kekuatan di medan pertempuran. Jangan lepaskan peluang untuk meraih kemenangan!

STARNIGHT 2025 AWARD NOMINATIONS

Persatuan Hindu UPM dengan bangganya mempersembahkan STARNIGHT 2025: Menghargai Kecemerlangan, Bersinar Gemilang! Pencalonan anugerah kini dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk diiktiraf pada malam yang paling gemilang tahun ini!

PHUPM LEADER SUMMIT: KURAL NAMATHU 2025

Persatuan Hindu Universiti Putra Malaysia (PHUPM) dengan bangganya mempersembahkan Kural Namathu 2025: PHUPM Leader Summit, sebuah platform kepimpinan dinamik yang direka untuk memberdayakan golongan belia India di UPM melalui dialog bermakna, inspirasi, dan tindakan kolektif.

ANNUAL GENERAL MEETING 2025

Persatuan Hindu Universiti Putra Malaysia (PHUPM) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan bagi menandakan berakhirnya sesi kepimpinan 2024/2025 dan menyambut kepimpinan baru untuk sesi 2025/2026. Kami dengan hormat menjemput semua ahli PHUPM untuk hadir ke perhimpunan penting ini. Mari kita raikan perjalanan yang telah dilalui dan sambut bab seterusnya bersama-sama!

AHLI JAWATANKUASA SESI 24/25

DR. VEERAMOHAN A/L VEERAPUTHRAN

PENASIHAT

YBHG. PROF. DR. KULANTHAYAN A/L K.C. MANI

PENASIHAT

SANTOSH A/L SUBRAMANIAM

PRESIDEN

GHITHAN A/L SHANMUGAM

TIMBALAN PRESIDEN

KINISHAA A/P TAMIL SELVEN

TIMBALAN PRESIDEN

SWETTHA A/P KALIDASEN

NAIB PRESIDEN 1

SHARVIN RAJ A/L BALU

NAIB PRESIDEN 2

PREETEEBA A/P JAYA KUMAR

SETIAUSAHA AGUNG

PRITAL A/P MURUGAN

TIMBALAN SETIAUSAHA

KABILAN A/L M. MURUGAN

BENDAHARI KEHORMAT

LOGITH A/L MOHANA KRISHNAN

TIMBALAN BENDAHARI

JAYASATHESH & DIVENDRAN

EXCO SUKAN & REKREASI

HAEMINI & SHRITHAR

EXCO KEBUDAYAAN & KEROHANIAN

SHEMIIRAA & SHARATI

EXCO TABUNG AMANAH & KEBAJIKAN

TINAGAREN & TIVAKAREN

EXCO AKADEMIK & KERJAYA

LETCHUMY & ABINASH

EXCO HUBUNGAN LUAR & SUKARELAWANAN

THARANY & MAHALETCHUMI & SURYASRI

EXCO MULTIMEDIA & PUBLISITI

SUJENIZSWARAN(KC) & THIVESH(K10) & SHAMALAN(KOSASS) & SHARVEENA(KPZ) & AKSHAYA(SERUMPUN) & THIRTHANAA(KTDI) & YAASHINII(KTMB)

WAKIL PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN (SRO)

AKTIVITI TAHUNAN SESI 23/24

RAKAN KERJASAMA TERDAHULU